Pintu Sempadan Padang Besar Mula Dibuka Hari Ini

Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka hari ini.

pintu sempadan padang besar mula dibuka hari ini

Waktu operasi pintu terbabit pada 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Pengarah Imigresen Perlis Khairul Amin Taib berkata pengembara dari Thailand yang memasuki negara menggunakan pintu itu juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Semua pengembara sudah boleh masuk dan keluar melalui pintu sempadan Padang Besar bermula hari ini mengikut SOP yang sudah ditetapkan,” katanya.

Tambah beliau, antara syarat yang ditetapkan KKM termasuk pengembara perlu melengkapkan status vaksinasi dan menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap.

Bulan lalu, pintu sempadan Wang Kelian di Perlis dibuka kepada kedua-dua rakyat Malaysia dan Thailand sempena pembukaan semula sempada negara bermula 1 April.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN