Pintu Masuk Utama Negara Kembali Meriah, Malaysia Sambut 10,000 Pelancong

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akhirnya kembali meriah dengan kedatangan pengembara dari serata dunia selepas lebih dua tahun berada dalam keadaan suram akibat pandemik COVID-19.

pintu masuk utama negara kembali meriah, malaysia sambut 10,000 pelancong

Pada jam 10.14 pagi semalam, Malaysia menyambut ketibaan pesawat antarabangsa dari Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mendarat di KLIA dengan sambutan meriah dan penuh simbolik sempena pembukaan semula sempadan negara semalam.

Kedatangan tersebut turut disambut oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurut beliau, seramai 10,000 pengembara asing dijadualkan tiba menerusi lapan pintu masuk udara pada hari pertama Fasa Peralihan ke Endemik.

“Sebenarnya kita meletakkan sasaran dua juta pelancong asing tahun ini. Namun saya optimis dapat mengubah angka itu dalam tempoh terdekat dengan kemasukan pelancong dari Singapura sendiri merekodkan satu juta dalam masa dua minggu.

“Pada masa yang sama kita ada kemasukan pesawat dari negara-negara lain. Saya rasa optimis dan akan terus memantau angka ini dalam tiga bulan yang akan datang.

“Saya optimis dalam memastikan angka itu meningkat dan kita juga mula dengan ‘iklim’ baharu memastikan pelancong benar-benar menikmati percutian mereka di sini dan sudah tentu membelanjakan wang,” kata beliau.

 

Sumber: [1]