Ekoran daripada penarikan pingat emas yang diberikan kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 semalam, nyata ia membuatkan rakyat Malaysia berang.
Mana tidaknya, nama Ziyad dan juga tandapagar #JusticeForZiyad kini menjadi trending di Twitter, bersama juga dengan hashtag #shameonukraine.
Pingat emas Ziyad ditarik dalam acara akhir lontar peluru F-20 selepas atlet Ukraine itu membuat bantahan dengan mendakwa Ziyad tidak berada dalam bilik menunggu sebelum pertandingan bermula. Maka, pingat emas milik Ziyad diberikan kepada atlet daripada Ukraine yang sebelumnya menduduki tempat kedua.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut mengesahkan isu berkenaan dan berkata ia masih lagi dalam perbincangan.
“Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Chef De Mission (CDM) berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap tiga negara amat lemah. Ketiga-tiga sedang counter protest. Doakan,” ciapnya di Twitter.
Sumber: [1], [2]
Kredit foto utama: Bernama