Pilu, Tidak Lama Selepas Pemergian Ayah, Penyanyi Irwansyah Terpaksa Tanggung Derita Kehilangan Ibu Pula Akibat COVID-19

Ketika ia masih berduka atas pemergian ayahnya, penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah sekali lagi terpaksa akur melepaskan ibunya yang turut meninggal dunia akibat COVID-19.

pilu, tidak lama selepas pemergian ayah, penyanyi irwansyah terpaksa tanggung derita kehilangan ibu pula akibat covid-19

Ibu kepada Irwansyah, Herlianah dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya setelah beberapa minggu bertarung nyawa di hospital.

Perkongsian menyedihkan itu dimuat naik di akaun Instagram peribadi isteri Irwansyah, Zaskia Sungkar.

Tulisnya, “Kumpul di Syurga Insya-Allah ya Ma. Allahummagfir laha warham ha wa’aafi ha wa’fu anha.”

Terdahulu, menerusi satu wawancara di saluran YouTube, The Sungkars Family, Irwansyah pernah memberitahu, arwah ibunya yang sebelum ini koma sempat sedar ketika diperdengarkan baca ayat suci Al-Quran.

“Ketika diperdengarkan baca murattal, tiba-tiba mama bangun membuka matanya. Mama memberi isyarat mengatakan yang dia masih hidup,” kongsi pelakon filem Heart yang pernah menempa populariti dalam dunia nyanyian menerusi lagi “Pencinta Wanita” itu.

Sepanjang hayat mereka, kedua-dua Allahyarham ibu dan ayah Irwansyah dikenali sebagai pasangan yang sangat romantis selain merupakan penyokong besar terhadap perjalanan seni anak mereka.

Sebelum ini, Irwansyah juga pernah disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN