Pilu, Suami Usung Keranda Isteri Yang Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Sambil Tersedu Menangis

Baru-baru ini, tular video di media sosial mengenai seorang lelaki yang menangisi kehilangan isteri tersayangnya akibat COVID-19 di Indonesia sambil mengusung kerandanya.

pilu, suami usung keranda isteri yang meninggal dunia akibat covid-19 sambil tersedu menangis

Lebih menyedihkan, arwah isterinya yang dahulunya bekerja sebagai bidan di salah sebuah hospital di negara tersebut, menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan berbadan dua.

Video tersebut dimuat naik di oleh seorang pengguna Tik Tok yang bernama Nurhasanah.

Dalam video terbabit, kelihatan dua pekerja kesihatan dan seorang lelaki yang menangis tersedu-sedu sambil mengiringi keranda isterinya.

Detik menyedihkan itu turut disaksikan beberapa pekerja kesihatan yang berada di situ.

Tulis Nurhasanah, “Ini adalah rakan saya yang juga merupakan pekerja kesihatan dan pahlawan COVID-19 di salah sebuah hospital di wilayah Bekasi. Dia hamil namun harus tetap bekerja di waktu pandemik kerana sudah menjadi kewajipan seorang pekerja kesihatan.

Tambahnya lagi, “Dia terdedah kepada COVID-19 dan kemudian meninggal bersama bayi perempuan dalam rahimnya. Dan yang berjongkok itu adalah suaminya yang pilu akibat ditinggalkan isteri dan bayi yang berada dalam kandungannya.”

 

@perawatbnnkkrw

#pahlawancovid19#pyfツ#nakes

♬ Kamu dan Kenangan - Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 - Maudy Ayunda

 

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN