Pilu, Pasangan Suami Isteri Yang Bersama Sejak Sekolah Menengah Meninggal Hari Sama Akibat COVID-19

Hanya maut yang mampu memisahkan dua hati yang saling mencintai.

pilu, pasangan suami isteri yang bersama sejak sekolah menengah meninggal hari sama akibat covid-19

Begitulah perumpamaan tepat buat pemergian sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat yang telah bersama sejak zaman remaja mereka yang disebabkan oleh komplikasi COVID-19 pada hari sama.

Memetik laporan NBC Los Angeles, pasangan kekasih sekolah menengah yang dikenali sebagai Sylvia dan Alvaro Fernandez itu meninggal dunia pada 19 Disember iaitu beberapa hari selepas mereka disahkan positif virus itu.

“Abang dan kakak ipar saya, mereka sangat rapat,” kata Salvador Fernandez yang merupakan abang kepada Alvaro.

“Mereka adalah kekasih sekolah menengah. Mereka telah bersama sejak dia berumur 15 tahun. Seorang tidak boleh hidup tanpa yang lain.”

Ahli keluarga Alvaro bagaimanapun mengesahkan bahawa pasangan itu tidak divaksinasi sambil menambah Alvaro yang mempunyai penyakit kencing manis “mahu menunggu dan melakukan lebih banyak penyelidikan.”

“Dia mencari maklumat di Google. Dia tidak mahu mempercayai semua yang ada dalam berita,” kata kakak Alvaro kepada NBC Los Angeles.

“Ini adalah pembuka mata kepada semua orang dalam keluarga saya bahawa sesiapa yang tidak divaksinasi pastinya harus menjalani vaksinasi mereka.”

Kematian mereka berlaku ketika varian Omicron sedang ligat menular di sekitar kawasan California, yang merupakan tempat kes pertama varian terbabit dikesan di Amerika Syarikat.

 

Sumber: [1]