Bagi membantu mengelakkan penularan wabak COVID-19, saintis kini sedang mencipta ubat bagi merawat wabak terbabit yang dikenali sebagai Favipiravir.
Menjadi satu-satunya pil antivirus yang dicipta setaka ini, Favipiravir kini sedang dalam ujian klinikal Britain dan hasil kajian dijangka diketahui dalam masa enam bulan lagi.
Menurut ketua penyelidik, Prof Kevin Blyth dari Universiti Glaslow berkata, jika ubat itu berfungsi seperti yang diharapkan maka satu sejarah baharu akan tercipta.
“Tiada lagi perkhidmatan hospital yang berada di bawah tekanan kerana pesakit akan berhenti datang ke hospital.
“Perkhidmatan kesihatan dapat berfungsi seperti biasa dan kita semua tidak perlu lagi berdepan perintah berkurung Covid-19 atau kawalan sekatan seperti sekarang,” katanya.
Favipiravir adalah pil antivirus selesema yang dikembangkan di Jepun pada 2014. Ujian GETAFIX digunakan untuk mengukur sama ada pil Favipiravir mampu menghentikan simptom COVID-19 daripada menjadi lebih parah dengan menggunakan sistem pemarkahan dari 1 hingga 10.
Seandainya keputusan ujian menunjukkan reaksi positif dan mampu mengurangkan risiko jangkitan serta penyebaran COVID-19, maka berjuta-juta dos pil antivirus ini akan diedarkan ke serata dunia tidak lama lagi.
Sumber: Mirror UK