Pfizer Dakwa Pil Anti-COVID Ciptaannya Berkesan Hingga 89 Peratus

Syarikat pengeluar vaksin, Pfizer mendakwa pil keluarannya khusus untuk merawat COVID-19 mempunyai keberkesanan hingga 89 peratus daripada kemasukan ke hospital dan berupaya menamatkan wabak itu.

pfizer dakwa pil anti-covid ciptaannya berkesan hingga 89 peratus

Keputusan itu dilihat mengatasi kesan pil molnupiravir yang pertama kali dihasilkan Merck bulan lalu bagi mengurangkan separuh kemungkinan atau kes kemasukan ke hospital bagi pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi mendapat penyakit serius. Pil molnupiravir adalah ubat influenza yang dijenamakan semula bagi melawan koronavirus.

 

Ubat ciptaan Pfizer pula dikenali sebagai Paxlovid, mempunyai data keberkesanan hingga 89 peratus dalam risiko kemasukan ke hospital atau kematian dalam kalangan pesakit dewasa dengan COVID-19 yang berisiko tinggi untuk mengalami penyakit teruk.

 

Pfizer juga akan menyerahkan data kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) secepat mungkin untuk Kebenaran Penggunaan Kecemasan.

 

Bagaimanapun buat masa ini, pakar penyakit berjangkit menjelaskan vaksin masih kekal sebagai langkah terbaik bagi mengawal penularan pandemik COVID-19.

 

“Ubat oral ini akan meningkatkan keupayaan kita untuk mengurangkan risiko penyakit teruk, kemasukan ke hospital dan kematian.

“Bagaimanapun, ia tidak akan dapat menghalang jangkitan daripada terus berlaku,” jelas pakar pediatrik Stanford University School, Prof. Dr. Grace Lee.

 

Sumber: [1], [2]