Pil Antiviral Molnupiravis Diperlukan Bagi Tangani Breakthrough Infection

Penggunaan pil antiviral Molnupiravir keluaran Merck Sharp & Dohme dilihat sebagai sesuatu yang diperlukan memandangkan kadar breakthrough infection masih terjadi dalam kalangan mereka yang telah lengkap dua dos vaksinasi COVID-19.

pil antiviral molnupiravis diperlukan bagi tangani breakthrough infection

Perkara tersebut diperjelaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Sebagai perkongsian, breakthrough infection merupakan jangkitan yang bertindak melawan vaksin.

“Dengan pil ini, kita juga memberi pilihan kepada doktor untuk beri pil ini kepada pesakit, sama ada yang tak divaksin atau sudah divaksin. Tetapi, kerana masalah kesihatan tertentu, masih alami gejala teruk seperti 3, 4, 5.

“Dan keputusan daripada ujian klinikal peringkat ketiga, pil antiviral ini menunjukkan ia berkesan untuk membantu, merawat pesakit kategori 3, 4, 5, terutamanya kepada mereka yang dah bergejala melebihi lima hari. Itu strategi pemberian pil ini,” jelas Khairy.

Semalam, Khairy mengumumkan perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap Molnupiravir (patient courses) bagi merawat pesakit COVID-19.

Jelasnya, kajian yang dijalankan Merck Sharp & Dohme mendapati Molnupiravis berjaya menurunkan kadar kemasukan ke wad sebanyak 50 peratus selain berkesan terhadap varian-varian virus COVID-19 lain seperti gamma, delta dan mu.

Lanjutnya, berdasarkan kadar vaksinasi yang tinggi, serta unjuran keperluan untuk pesakit, jumlah 150,000 pakej lengkap rawatan adalah memadai.

Sebagai tambahan, Khairy turut mengesahkan bahawa penggunaan pil Molnupiravir adalah percuma terhadap pesakit COVID-19.

 

Sumber: [1]