Pil Antibodi AstraZeneca Berjaya Rawat COVID-19, Alternatif Buat Vaksin

Ubat antibodi AstraZeneca COVID-19, iaitu AZD7442, didapati berupaya menyelamatkan nyawa dan mencegah gejala buruk apabila digunakan untuk rawatan dalam tempoh seminggu selepas gejala pertama wabak tersebut dikesan pada seseorang individu.

pil antibodi astrazeneca berjaya rawat covid-19, alternatif buat vaksin

AZD7442 merupakan gabungan dua antibodi yang mana ia berpotensi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 atau kematian sebanyak 50 peratus bagi pesakit yang tidak dimasukkan ke hospital dan mengalami gejala selama seminggu atau kurang.

Terdahulu, AstraZeneca memohon kelulusan kecemasan daripada Amerika Syarikat bagi penggunaan AZD7442.

Ubat berkenaan dirancang untuk melindungi individu yang tidak memiliki imuniti kuat terhadap vaksin termasuk mereka yang menjalani pemindahan organ atau rawatan kanser.

Ia juga boleh digunakan sebagai alternatif kepada mereka yang tidak mahu diberikan vaksin.

Data rawatan baru AZD7442 telah diserahkan oleh AstraZeneca kepada pihak berkuasa kesihatan global yang mana ujian klinikal dilakukan di 13 negara dengan penglibatan sebanyak 5,197 peserta.

 

Sumber: [1]