Syarikat farmaseutikal, Pfizer memaklumkan sedang memulakan ujian ujian klinikal tahap pertengahan hingga akhir pada pil anti COVID-19 kepada individu yang dijangkiti virus itu.
![ujian klinikal fasa akhir pil anti-covid19 kini dijalankan](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/image_12.jpg)
Menurut ketua pegawai saintifik Pfizer, Mikael Dolsten berkata, mereka percaya pil itu mampu memberi manfaat sebagai pelengkap kepada vaksin kepada mereka yang terdedah atau dijangkiti virus COVID-19.
Dikenali sebagai PF-07321332, pil tersebut dihasilkan Pfizer pada Mac 2020 dan diuji dengan ritonavir iaitu ubat HIV yang dihasilkan semula.
![ujian klinikal fasa akhir pil anti-covid19 kini dijalankan](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/im-315239.jpg)
Ujian klinikal melibatkan 2,660 orang dewasa akan mengambil bahagian berkaitan simptom awal jangkitan COVID-19 atau kesedaran mengenainya. Ia dilakukan secara rawak dengan menerima gabungan PF-07321332 dan ritonavir, atau plasebo, dua kali sehari selama lima atau 10 hari.
Ia bertujuan bagi menguji keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan yang sedang dikaji bagi mencegah jangkitan SARS-CoV-2 dan penyakit simptomatik pada hari ke-14.
Jika ia berfungsi, kemungkinan ubat berkenaan hanya akan berkesan pada peringkat awal jangkitan dan boleh digunakan pada orang ramai di serata dunia.
Sumber: [1]