Tewas 0-4 keatas pasukan Jordan, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-Gon memohon maaf pada semua peminat bolasepak tempatan kerana gagal memberikan keputusan positif seperti diharapkan.
Beliau juga akui pasukan Jordan adalah lebih kuat daripada yang disangka dan layak untuk menang perlawanan berkenaan yang juga perlawanan pertama Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al-Janoub, Qatar.
"Tahniah kepada Jordan, mereka tunjukkan prestasi baik malam ini dan mereka layak menang kerana secara fizikal dan teknikalnya mereka lebih baik dari kami.
"Saya mohon maaf daripada peminat Malaysia, kita jangka dapat berikan cabaran sengit dan saya rasa sedih. Kami perlu pulih dengan cepat atas kekalahan ini untuk hadapi dua perlawanan lagi," katanya.
Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu pasukan Bahrain di Stadium Jassim bin Hammad, Sabtu ini, sebelum bertemu pasukan Korea Selatan, 25 Jan depan.
Sumber: Astro AWANI