Pfizer Saran Mungkin Perlu Suntikan Dos Ketiga

Orang ramai ‘berkemungkinan’ perlu mengambil dos ketiga vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech dalam tempoh setahun selepas divaksiniasi sepenuhnya.

pfizer saran mungkin perlu suntikan dos ketiga

Ia selepas Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla berkata, kemungkinan itu bergantung kepada kewujudan varian COVID-19.

 

“Senario yang mungkin berlaku adalah terdapat kemungkinan besar untuk keperluan dos ketiga, di antara tempoh enam hingga 12 bulan dan dari situ pula, akan ada vaksinasi semula setiap tahun. Bagaimanapun, keperluan tersebut perlu disahkan.

“Ia bergantung kepada kewujudan varian COVID-19,” kata Bourla.

 

Buat masa ini, penyelidik juga tidak tahu berapa lama vaksin yang telah dihasilkan ketika ini dapat memberikan perlindungan terhadap koronavirus.

pfizer saran mungkin perlu suntikan dos ketiga

Dalam satu kajian awal bulan ini, Pfizer menyatakan bahawa vaksinnya lebih 91 peratus berkesan terhadap COVID-19, dan lebih 95 peratus berkesan dalam memberikan perlindungan terhadap kes COVID-19 serius sehingga enam bulan selepas dos kedua diberikan.

 

Namun, penyelidik masih memerlukan lebih banyak data bagi mengesahkan sama ada perlindungan yang diberikan adalah berkekalan selepas enam bulan.

 

Tambah lagi, ketua pasukan bertindak COVID-19 buat Presiden AS, David Kessler turut memberi amaran bahawa rakyat Amerika Syarikat perlu dos penggalak (dos ketiga) bagi melindungi mereka daripada varian koronavirus.

“Kami tidak tahu semuanya buat masa ini. Kami sedang mengkaji tempoh ketahanan tindak balas antibodi.

“Tindak balas antibodi kuat (selepas vaksinasi) tetapi sesetengahnya menjadi lemah akibat varian COVID-19.

“Justeru, kita perlu menjangkakan bahawa kita memerlukan dos penggalak,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan seramai sembilan petugas kesihatan dikesan dijangkiti COVID-19 setelah menerima dua dos lengkap vaksin. Malah, seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas menerima dos pertama vaksin.

 

Sumber: [1], [2]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN