Vaksin Pfizer Remaja Berkesan 100 Peratus Lepas 4 Bulan Dos Kedua

Vaksin COVID-19 keluaran Pfizer dan BioNTech didapati mempunyai keberkesanan 100 peratus terhadap kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun, empat bulan selepas dos kedua.

vaksin pfizer remaja berkesan 100 peratus lepas 4 bulan dos kedua

Data yang melibatkan 2,228 responden itu akan membantu syarikat berkenaan memohon kelulusan penuh di Amerika Syarikat (AS) dan juga seluruh dunia.

 

Di antara 2,228 responden itu, terdapat 30 kes COVID-19 bergejala yang disahkan tanpa bukti jangkitan sebelumnya, semuanya dalam kumpulan plasebo. Ia sepadan dengan keberkesanan vaksin sebanyak 100 peratus. Keberkesanan juga adalah tinggi secara konsisten merentasi jantina, kaum, tahap obesiti dan status komorbiditi.

 

Tambah lagi, tiada kebimbangan keselamatan yang serius pada individu dalam golongan ini sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos kedua.

 

"Memandangkan komuniti kesihatan global berusaha untuk meningkatkan bilangan orang yang divaksin di seluruh dunia, data tambahan ini memberikan keyakinan lanjut terhadap profil keselamatan dan keberkesanan vaksin kami dalam kalangan remaja,"

"Ini amat penting kerana kami melihat kadar COVID-19 meningkat dalam kumpulan umur ini di beberapa wilayah, manakala pengambilan vaksin perlahan. Kami berharap untuk berkongsi data ini dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) dan pengawal selia lain," kata Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla dalam satu kenyataan.

vaksin pfizer remaja berkesan 100 peratus lepas 4 bulan dos kedua

Pada Mei lalu, AS telah memberi kelulusan penggunaan kecemasan pada vaksin berkenaan dan syarikat itu kini dalam perancangan mendapatkan kelulusan penuh tidak lama lagi. Buat masa ini, hanya individu berusia 16 tahun keatas yang diluluskan sepenuhnya vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech.

 

Sumber: [1]