Vaksin COVID-19 yang berkesan terhadap pelbagai varian mungkin boleh dihasilkan sebelum akhir 2022, menurut Pfizer.
Pengerusi Albert Bourla berkata firma itu sedang berusaha untuk menghasilkan vaksin yang boleh memberikan perlindungan sepenuhnya selama setahun, sekaligus bermaksud orang ramai mungkin perlu kembali mendapatkan dos penggalak, seperti suntikan influenza.
“Saya harap, dengan jelas menjelang musim luruh…kita boleh mendapatkan vaksin yang berkesan bukan sahaja terhadap Omicron yang dominan tetapi semua varian yang diketahui,” katanya.
“Ada kemungkinan kita akan memilikinya pada masa itu. Ia bukan satu kepastian,” tambah belaiu.
Vaksin Pfizer-BioNTech adalah salah satu vaksin yang paling berkesan melawan COVID-19.
Walaupun ia telah mungkin telah melihat keberkesanan yang semakin berkurangan akibat varian virus Omicron yang kini dominan, Pfizer bagaimanapun masih menawarkan perlindungan yang kuat terhadap penyakit serius, termasuk kemasukan ke hospital dan kematian.
Ketua Pengarah IFPMA Thomas Cueni berkata dunia perlu belajar untuk hidup dengan virus yang menyebabkan penyakit COVID-19.
“Apa yang dunia benar-benar perlukan ialah vaksin yang akan bertahan setahun. Saya fikir inilah yang akan menjadi penyelesaian kesihatan awam yang optimum.
“Ia adalah cara yang lebih mudah untuk ditadbir dan meminta penduduk mematuhinya.
“Ia sangat mencabar, secara teknikal, untuk melakukannya dengan virus ini tetapi kami sedang mengusahakannya,” kata Bourla.
Sumber: [1]