Syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dalam satu kenyataan mengumumkan akan menghasilkan vaksin COVID-19 yang berkesan terhadap semua varian sebelum penghujung tahun ini.
Menurut pengerusinya, Albert Bourla berkata ia sebagai usaha syarikat itu untuk mencipta vaksin yang boleh memberikan perlindingan lengkap sepanjang tahun dan orang ramai hanya perlu mendapatkan dos penggalak setahun sekali sama seperti suntikan influenza.
.
“Saya berharap menjelang musim luruh ini, Pfizer sudah memiliki vaksin yang berkesan terhadap semua varian Covid-19 yang diketahui,” katanya.
.
Meskipun kes perlindungan vaksin terhadap virus akan menurun dari semasa ke semasa, vaksin Pfizer masih menawarkan perlindungan yang kuat terhadap penyakit serius dan mengurangkan kemasukan ke hospital serta kematian akibat COVID-19.
.
“Apa yang dunia perlukan sebenarnya adalah vaksin yang kesannya boleh bertahan selama setahun dan saya fikir inilah yang bakal menjadi penyelesaian kesihatan awam paling optimum,” ujarnya.
.
Sumber: [1]