Petua Untuk Bagi Bawang Goreng Lebih Enak

petua untuk bagi bawang goreng lebih enak

Bawang goreng memang enak dimakan dengan bihun goreng, mee goreng, mee hoon sup dan macam macam lagi. Boleh je kalau nak beli di kedai, merata tempat ada tetapi kadang kadang ada yang dah lemau, tak sedap atau terlalu keras. Senang je nak buat sendiri dan yang paling penting sedap!

1) Kupas dan potong nipis bawang, bukan saja meranggupkan malah memberi aroma yang lebih wangi bila dipotong nipis. 

2) Gunakan api yang serdahana untuk mengelakkan bawang menjadi hangit. Lebih mudah untuk mengawal keperangan bawang jika gunakan api yang serdahana.

3) Ketika mengoreng bawang, pastikan selalu gaul sehingga bawang masak. Tujuannya adalah untuk memastikan bawang digoreng serata dan tingkatkan keperangan bawang dengan lebih baik. Segera diangkat jika warna bawang bertukar keemasan.

4) Jangan gunakan minyak zaitun, di sarankan menggunakan minyak sayur. Setelah mengoreng, pastikan simpan di dalam bekas dan tutup rapat.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: rasa.my