Petua Nak Telur Dadar Lebih Gebu Dan Lembut

petua nak telur dadar lebih gebu dan lembut

Kalau nasi putih makan dengan telur dadar dan sedikit kicap pun dah cukup enak betul tak? Pasti semua orang tahu bahan asas untuk membuat telur dadar adalah telur ayam, garam, bawang merah dan sesetengah orang suka letak cili merah/hijau.

Telur dadar mungkin adalah masakkan yang mudah tetapi tak semua orang boleh boleh buat telur dadar yang gebu, lembut dan sedap. Ikuti petua ini kalau nak telur dadar terbaik dari ladang.

1) Mayonis mempunyai rasa yang berlemak dan sedikit masin. Tambahkan satu sudu besar mayonis ke dalam bancuhan telur dan pukul sebati. Telur dadar akan menjadi gebu dan lebih enak.

 

2) Semasa bancuhan telur, pastikan korang pukul telur dengan lebih lama sehingga kembang. Dah kembang baru lah masukkan bahan-bahan yang lain.

 

3) Selepas pukul telur sehingga kembang, tapis bancuhan untuk hilangkan buih buih yang ada pada telur itu. Kemudian masukkan bahan bahan lain dan masak.

 

4) Selepas pecahkan telur ke dalam mangkuk, jangan lupa untuk masukkan sedikit air dan pukul sehingga kembang. Cara ini juga boleh menghasilkan telur dadar yang gebu dan lembut.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita