Petua Hilangkan Sakit Lutut Cara Semulajadi, Guna Buah Lemon Je

Apabila kita selalu sangat membuat kerja yang berat atau berjalan terlalu lama, sakit yang sering terjadi kepada kita mesti sakit lutut kan? 

Haa, selain daripada rawatan perubatan atau secara tradisional, sebenarnya ada juga cara lain untuk merawat sakit lutut ni iaitu dengan menggunakan bahan semulajadi. Semua bahan ini pun mudah untuk didapati di rumah anda. 

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, antara perkongsian kesihatan tentang cara untuk menghilangkan sakit lutut ini ialah dengan menggunakan lemon. Siapa sangka, banyak manfaat rupanya buah lemon ni kan. 

Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang juga menjadi punca kepada beberapa jenis arthritis. 

Bahan-bahan: 

  • 1 biji lemon

  • Kain kapas

  • Minyak bijan

petua hilangkan sakit lutut cara semulajadi, guna buah lemon je

Cara-cara: 

  1. Memula korang potong 1 biji lemon kepada potongan kecil.

  2. Lepas tu bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas.

  3. Celupkan kain ke dalam minyak bijan. Tak perlu banyak sangat ye. Agak agak basah je.

  4. Lepas tu korang letak kan kain tadi pada lutut yang sakit selama 5-10 minit. Boleh buat 2 kali sehari hingga hilang sakitnya tu.

Sumber: Leha Yusuf