Setelah selesai proses mengundi, jari kita yang telah dicelup dengan dakwat kekal berwarna gelap itu pasti akan susah untuk dibuang dengan air biasa kan?
Jika anda masih mencari tips bagaimana nak menghilangkan dakwat di jari, jom kami kongsikan dua petua yang boleh digunakan untuk anda menghilangkan dakwat di jari, mudah sahaja dan anda boleh cubanya di rumah.

Cara untuk menghilangkan dakwat kekal di jari anda:
-
Guna peluntur dan buah lemon
Bahan-bahan:
-
Cecair peluntur
-
Buah lemon
-
Krim pelembap
-
Air suam
Cara- cara:
-
Campurkan cecair peluntur bersama air suam dalam bekas atau besen. Kacau hingga sebati.
-
Kemudian, masukkan jari telunjuk yang dicelup dakwat kekal ke dalam larutan tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya 30 saat.
-
Setelah itu, keluarkan jari dan gosok potongan buah lemon pada jari anda.
-
Anda boleh menggosok potongan lemon ini sambil membilasnya.
-
Buat berkali-kali sehinggalah warna dakwat mulai pudar.
-
Setelah itu, sapukan krim pelembap pada jari anda kerana asid daripada cecair peluntur dan buah lemon membuatkan kulit menjadi kering.
-
Guna peluntur dan losyen
Bahan-bahan:
Cara-cara:
-
Tuangkan peluntur dalam mangkuk dan rendamkan jari yang dicelup dakwat kekal ke dalam mangkuk tersebut.
-
Rendam selama 30 saat dan cuba gosok sedikit dengan menggunakan kain atau tisu basah.
-
Setelah itu, bilas dengan air paip dan sapukan losyen pelembap bagi mengelakkan kulit kering.
Mudah sahaja kan? Namun, dua petua ini tidaklah akan menghilangkan warna dakwat kekal secara serta-merta.
Tetapi, ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan warna gelap pada jari akibat dakwat tesebut.
Walau bagaimanapun, kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan kulit seperti kulit sensitif, cara-cara ini tidak disarankan untuk anda mencuba kerana cecair peluntur ini boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda.
Sebaliknya, anda boleh cuba dengan menggunakan sabun mandi biasa atau biarkan sahaja sehinggalah ia hilang dengan sendirinya.
Sumber: Hello Doktor