Petaling Jaya Antara 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia – Kajian

Bandar Petaling Jaya telah tersenarai antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia pada tahun 2022, menurut satu kajian.

petaling jaya antara 10 bandar paling bahagia di malaysia – kajian

Kajian yang dibuat oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun itu turut menyenaraikan bandar lain seperti Manjung, Gua Musang, Klang, Kulai, Kluang, Krai, Kuantan, Rompin dan Alor Gajah sebagai bandar paling bahagia di negara ini.

 

Antara aspek yang diukur dalam kajian ini adalah merangkumi aspek kesihatan, kesejahteraan mental serta fizikal. Kualiti perkhidmatan yang diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur adalah aspek utama dalam kajian ini.

 

Seramai 42,000 responden dari 117 PBT telah terlibat dalam Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022 ini. Hasilnya, 79 peratus tau 92 bandar mencapai status mampan dengan skor melebihi 80 peratus sementara 25 bandar (21 peratus) mencatatkan peratus sederhana bahagian dengan skor antara 50 dan 79 peratus.

 

Sumber: Astro AWANI