Pesakit 'Monkeypox' Yang Dikesan Di Thailand Cabut Lari Ke Kemboja

Pesakit cacar monyet pertama yang dikesan di Thailand yang menghilangkan diri dari pusat peranginan Phuket telah dijumpai di sebuah rumah tetamu yang terletak di Phnom Penh pada Sabtu.

pesakit 'monkeypox' yang dikesan di thailand cabut lari ke kemboja

Kementerian Kesihatan Kemboja memaklumkan lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun itu telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, berdasarkan laporan Khmer Times.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Kemboja turut menggesa orang ramai yang pernah berhubung secara langsung dengan lelaki tersebut untuk mengasingkan diri dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Lelaki terbabit, yang tinggal melebihi tempoh di Thailand, disahkan dijangkiti cacar monyet di pusat peranginan Phuket pada 18 Julai lalu.

Dia dilaporkan melarikan diri selepas dimaklumkan tentang keputusan ujian awal pada tarikh sama.

Sabtu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN