Pesakit Diabetes Perlu Berjaga-Jaga, Lebih Mudah Dijangkiti COVID-19

Individu menghidap diabetes adalah tiga hingga empat kali lebih mudah untuk dijangkiti gejala COVID-19 serius berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit tersebut.

pesakit diabetes perlu berjaga-jaga, lebih mudah dijangkiti covid-19

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, memandangkan penyakit itu telah lama wujud dalam masyarakat kita, rakyat perlu berusaha untuk membendungnya daripada terus menular berikutan ia mampu memberi kesan terhadap kualiti hidup penduduk Malaysia.

“Diabetes bukan sahaja dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan malah ia berkait rapat dengan cara pemakanan yang tidak terkawal dan amalan cara hidup yang tidak sihat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang serta mengamalkan cara hidup aktif.

“Ibu bapa juga harus menjadi contoh kepada anak-anak dengan mengamalkan cara hidup yang sihat bagi memastikan anak-anak kita terus sihat, cergas dan bebas daripada sebarang penyakit,” tambahnya.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi (NHMS) 2019 mendapati peratusan pesakiti diabetes di Malaysia telah meningkat dari 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada 2019, menurut beliau.

“Laporan ini telah menunjukkan satu daripada lima individu dewasa berumur 18 tahun ke atas di negara ini, hidup dengan diabetes atau persamaan hampir 4 juta penduduk Malaysia.”


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN