Kulat Berpotensi Bawa Maut Dikesan Jangkiti Pesakit COVID-19 Di India

Pakar perubatan di India kini telah mengesan jangkitan kulat yang berpotensi membawa maut kepada pesakit COVID-19 atau mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit itu.

kulat berpotensi bawa maut dikesan jangkiti pesakit covid-19 di india

Dikenali sebagai mukormikosis, kulat ini bukanlah sesuatu yang baharu di India kerana ia telah wujud sebelum wabak COVID-19 lagi.

kulat berpotensi bawa maut dikesan jangkiti pesakit covid-19 di india

Kulat yang terhasil daripada kulapuk yang tumbuh subur di persekitaran basah, boleh menyerang saluran pernafasan, berpotensi mengikis struktur wajah dan membahayakan otak.

 

Para doktor dan pakar perubatan berkata kulat berkenaan dikesan menjangkiti beberapa pesakit COVID-19 dengan sistem kekebalan tubuh yang lemah. Ia diburukkan lagi apabila pesakit itu menghidap penyakit diabetes.

kulat berpotensi bawa maut dikesan jangkiti pesakit covid-19 di india

Antara faktor yang boleh mengaitkan jangkitan kulat adalah penggunaan steroid untuk merawat pesakit di hospital. Faktor lain adalah di mana orang ramai mula merawat diri sendiri menggunakan terapi oksigen di rumah tanpa langkah kebersihan yang betul, kata pakar.

 

Di bahagian barat Maharashtra, media tempatan melaporkan sekitar 200 pesakit yang pulih COVID-19 kini dirawat setelah mengalami mukormikosis, dengan sejumlah lapan pesakit telah meninggal dunia.

 

Jangkitan sama turut dilaporkan di hospital di ibu negara negara itu, New Delhi.

 

Sumber: Astro AWANI