Pesakit COVID-19 Berkemungkinan Hadapi 'Long COVID', Ketahui Simptomnya

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Dunia mengumumkan sebilangan besar daripada bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan untuk mengalami masalah kesihatan jangka panjang yang dikenali sebagai ‘long COVID’.

pesakit covid-19 berkemungkinan hadapi 'long covid', ketahui simptomnya

Apakah simptom ‘long COVID’?

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), antara gejala ‘long COVID’ termasuklah:

  • Keletihan yang melampau
  • Sesak nafas, jantung berdebar-debar, sakit dada atau sesak
  • Mempunyai masalah ingatan dan tumpuan
  • Perubahan rasa dan bau
  • Sakit sendi

Selain itu, terdapat kemungkinan bahawa terjadinya ‘long COVID’ adalah berikutan sistem kekebalan seseorang pesakit COVID-19 itu telah digunakan secara berlebihan sehingga bahagian tisu mereka turut diserang.

Perkara ini juga boleh berlaku terhadap mereka yang mempunyai tindak balas imunisasi yang sangat kuat.

Sebagai tambahan, virus yang menyerang sistem dalam seseorang itu mampu merosakkan sel dan berkemungkinan menyebabkan gejala seperti masalah ingatan dan tumpuan, kehilangan bau dan rasa, sementara kerosakan pada saluran darah khususnya, yang berupaya mengakibatkan masalah jantung, paru-paru dan otak.

Selain itu, terdapat juga teori lain yang mengatakan bahawa serpihan virus yang tinggal di dalam badan, berkemungkinan menjadi aktif semula.

Kejadian sebegitu terjadi terhadap beberapa virus lain seperti herpes, dan virus Epstein Barr yang akhirnya menyebabkan demam kelenjar.

Bagaimanapun, tidak banyak bukti yang dapat diperoleh mengenai ‘long COVID’ ketika ini, dan boleh jadi juga, lain orang, lain kesan yang dialami mereka mengikut tindak balas imunisasi masing-masing.

Namun, kira-kira separuh daripada mereka yang pernah menderita ‘long COVID’ melaporkan peningkatan kesihatan setelah menerima vaksinasi.

Menurut pakar, ia mungkin disebabkan oleh tindak balas imunisasi mereka ditetapkan semula, sekali gus membantu tubuh menyerang serpihan virus yang tersisa dalam tubuh badan.

Sebagai intipati, aksinasi berupaya membantu mencegah orang ramai daripada dijangkiti virus selain membendung seseorang itu daripada mengalami masalah ‘long COVID’.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN