Pernah dikecam dan dikritik kerana berkulit gelap oleh netizen, namun perkara itu langsung tidak mematah semangat Dr Nisha Thayananthan untuk terus membuktikan bahawa dirinya lebih baik daripada mereka yang hanya tahu mengkritik.
Berkongsi perkara tersebut dengan Azwar Kamaruzaman dalam SYOK Altruis, Dr Nisha yang merupakan seorang finalis Miss World Malaysia 2019 dan juga seorang doktor perubatan berkata, persepsi orang lain terhadapnya langsung tidak memberi kesan kepada kehidupannya.
“Apa yang penting adalah persepsi saya terhadap diri sendiri. Minda saya harus menjadi positif.” Kongsinya.
Dr Nisha merupakan seorang ikon yang wajar dijadikan contoh oleh semua remaja. Biarpun dikritik kerana kekurangan, namun itu tidak menghalangnya daripada melakukan apa-apa sahaja.
Sewaktu negara dilanda COVID-19, Dr Nisha telah bertugas sebagai salah seorang barisan hadapan di hospital.
Jadi, korang wajib tonton SYOK Altruis minggu ini sebab ada banyak pesanan yang diberikan oleh Dr Nisha terutama sekali kepada para remaja. Saksikan video penuh SYOK Altruis bersama Dr Nisha hari ini jam 9 malam di semua platform SYOK dan juga aplikasi SYOK!
Korang juga boleh saksikan SYOK Altruis 3 Episodes yang lain di bawah ni:
SYOK Altruis Bersama Frontliner dan Jururawat Terlatih, Kak Bell:
SYOK Altruis Bersama Pakar Psikatri, Dr Ahmad Rostam:
SYOK Altruis Bersama Pakar Motivasi dan Psikologi, Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah: