Permainan Rosak Tiba-Tiba, Pengunjung Tergantung Terbalik Di Udara

Beberapa pengunjung di sebuah taman hiburan mengalami detik menggerunkan apabila mereka tergantung secara terbalik di udara selepas sebuah permainan dilaporkan mengalami kerosakan.

permainan rosak tiba-tiba, pengunjung tergantung terbalik di udara

Menerusi video yang tular, insiden menakutkan itu menyebabkan sebilangan pengunjung di taman hiburan itu sedang tergantung secara terbalik pada permainan Aero 360.

.

Kejadian berlaku di Taman Kennywood, barat Pennsylvania di Amerika Syarikat apabila permainan yang dikenali sebagai Aero 360 terhenti secara tiba-tiba ketika sedang melakukan putaran.

permainan rosak tiba-tiba, pengunjung tergantung terbalik di udara

“Pegawai sedang menyiasat kejadian di mana sebilangan pengunjung tersangkut dalam permainan Aero 360 di Taman Hiburan Kennywood, barat Pennsylvania.

“Pengunjung telah dipindahkan dan pegawai memaklumkan tiada siapa cedera,” ujar kapsyen pada video yang tular itu.

.

Ekoran dari insiden ini, pihak pengurusan telah mengarahkan permainan itu ditutup sehingga siasatan selesai dibuat.

“Kakitangan penyelenggaraan bertindak balas dengan dengan pantas mengubah kedudukan permainan itu dan memindahkan pengunjung dengan selamat.

“Keselamatan adalah keutamaan kami. Permainan itu masih ditutup sementara siasatan dijalankan,” kata jurucakap taman itu.

 

 

Sumber: [1]