Perlu Kerja Dari Rumah Bersama Kucing Anda? Ini Tips Untuk Kekal Produktif

perlu kerja dari rumah bersama kucing anda? ini tips untuk kekal produktif

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ramai di antara kita yang perlu bekerja dari rumah dan untuk kekal produktif. Memang sukar kerana di rumah banyak cabaran! Salah satunya adalah kucing anda.

Kepada pemilik kucing, anda perlu banyak bersabar dan bersifat memahami untuk dan kekal produktif semasa bekerja di rumah. Ini adalah tips kepada pemilik kucing.

  1. Main sebelum bekerja

Kalau anda mempunyai kucing yang sangat aktif, berikan masa kepada kucing anda sebelum mula bekerja untuk mengelakkan di ganggu semasa bekerja. Kucing akan berasa letih selepas bermain, ia mungkin tidak gangu anda bekerja selepas itu.

  1. Belai kucing anda semasa waktu rehat

Kajian menunjukan dengan membelai kucing anda selama 10 min dapat mengurangkan tahap kortisol di dalam tubuh anda. Kortisol seringkali dikaitkan dengan kegelisahan.

  1. Sediakan mainan untuk perhatian kucing

Walaupun kucing boleh tidur sehingga 17 jam dalam sehari tetapi kucing juga perlu distimulasikan mental dan fizikal supaya kekal gembira dan sihat. Contohnya sediakan scratcher untuk mengelakkan kebosanan mereka.

  1. Setkan rutin harian

Kucing juga sama seperti manusia yang mempunyai rutin harian. Ambil sedikit masa setiap hari untuk layan mereka seperti memberi makanan dan bermain dengan mereka. Dengan adanya rutin begini anda akan dapat membuat kerja tanpa di kacau oleh si comel anda.

Selamat bekerja dan teruskan duduk di rumah dan stay productive J

 

Sumber: themammamiow

Oleh: Khalie Azmi