
Tahi hidung sebenarnya adalah mucus (hingus) yang telah kering, hasil gabungan bendalir yang dihasilkan badan kita beserta partikel partikel (habuk) yang terkumpul dari memasuki sistem tubuh badan.
Soalan ini kerap ditanya, patut ke kita korek hidung?
Sebenarnya tidak perlu kerana badan kita memang mampu untuk keluarkan mucus keras (tahi hidung) secara semula jadi atau dengan sendirinya.
Bersin adalah salah satu cara utama mucus keras dikeluarkan. Mucus juga ditelan oleh badan kita sendiri tanpa kita sedar. Tabiat korek hidung sangat tidak hygein dan boleh menyebabkan tersebarnya bakteria.
Sumber
Oleh: Khalie Azmi