Perkara Yang Perlu Lalukan Sebelum Hidupkan Engine Kereta

perkara yang perlu lalukan sebelum hidupkan engine kereta

Berakhirnya PKP dan bermulanya PKPP yang memberi banyak kelonggaran kepada rakyat contohnya kerajaan membenarkan orang ramai untuk keluar rumah dan melancong di dalam negara (Malaysia). Ramai yang berpusu pusu balik kampung selepas mendengar pengumuman pada 10 Jun lalu. Pasti ramai yang menggunakan kereta sendiri untuk ke tempat kerja dan balik kampung. Memandangkan kereta sudah lama tidak bergerak, pastikan anda memeriksa kenderaan sebelum menggunakannya. Ini adalah antara tips sebelum hidupkan enjin kereta pastikan korang buat benda ni dulu.

  1. Intai bawah kereta untuk pastikan tiada kebocoran. Tengok di bahagian lantai basah tau tidak, may be ada kebocoran minyak steering, minyak brek ataupun air daripada radiator.
  2. Pusing keliling kereta dan tengok bahagian tayar mengenal pasti tayar ada bocor atau kurang angin. Tayar yang kurang atau terlebih angin akan mengurangkan jangka hayat tayar korang.
  3. Ini adalah yang paling penting, take note ya orang. Dua atau seminggu sekali check minyak hitam atau atau minyak enjin kereta korang sama ada cukup atau kena top up. Selain itu check juga minyak brek dan air coolant.
  4. Check jangka hayat bateri kereta usually ia boleh tahan dalam 2 tahun bergantung pada kekerapan penggunaan kereta. Mudah saja just check tarikh pada bateri.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: Siakap Keli