Selalunya blind date ni kita nak mula kenal dengan seseorang. Of course lah kita akan cuba behave dan tunjukkan budi pekerti yang mulia.
Tapi, lain pula yang berlaku pada wanita dari Zhejiang, China ini. Apabila dia berjanji untuk blind date dengan seorang lelaki, dia tak keseorang. Pada hari kejadian, dia membawa 23 orang ahli keluarganya yang lain. What!
Bayangkan kalau dah bawa 23 orang, dah berapa si lelaki tu nak kena bayar. Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chen pergi ke kaunter untuk membayar selepas selesai. Tapi, dia sangat terkejut apabila melihat jumlah bil sebanyak $4020. Banyaknya!
Chen cuba selesaikan isu tersebut dengan perempuan itu. Akhirnya mereka mencapai kata sepakat. Chen hanya akan membayar dua meja sahaja dengan harga $893 dan selebihnya akan dibayar oleh perempuan itu sendiri.
Haaa kan dah mendapat!
Sumber: mothership