Ini Perbezaan Antara Wabak, Pandemik Dan Epidemik

ini perbezaan antara wabak, pandemik dan epidemik

Selalu dekat berita kita akan dengar term-term seperti wabak, pandemic dan Epidemik kan?

Sebenarnya, setiap perkataan tu membawa maksud tertentu. Bukan tu je, setiap perkataan tu boleh melambangkan keadaan atau status sesuatu penyakit yang sedang tular.

Wabak (Outbreak)

Kecil tapi bukan benda biasa.

Selalunya wabak ni dapat dikenalpasti dan sering berlaku dalam keadaan yang kecil. Wabak ni boleh menambah sehingga mencecah nombor kes yang sukar dijangka.

Ok macam ni, kalau dekat satu sekolah ada dua tiga pelajar demam, itu mungkin normal. Bagaimanapun, sekiranya jumlah mencecah 15 orang yang demam dalam satu masa, itu adalah wabak.

Epidemic

Besar dan merebak
 

Kalau korang dah dengar perkataan epidemic itu bermaksud sesuatu penyakit tu dah menular dan berjangkit kepada manusia di sesuatu tempat dalam jumlah yang besar. Sebagai contoh, ketika COVID 19 mula merebak di China, para epidemiologist mengetahui bahawa virus tersebut merebak tanpa dapat dikawal. Malah, penularan COVID 19 terlalu cepat sehingga tiada rawatan khas mahupun vaksin yang boleh merawat penyakit tersebut.

Pandemik

Masalah dunia dan tidak dapat dikawal

Sekiranya sesuatu virus yang tular dianggap pandemic, maka ia bersifat masalah sejagat dan dunia. Virus tersebut mula tersebar dari benua ke benua dan merentasi semua tempat tanpa mengira sempadan.

Sumber: The Conversation