Ini Perbandingan Paru-Paru Perokok Dengan Pesakit COVID-19

Sedar tak sedar, sudah lebih dua tahun dunia ‘berperang’ dengan wabak COVID-19. Sejak itulah, para penyelidik masih mempelajari lebih lanjut mengenai kesan jangka panjang virus ini. Salah satu kesannya yang sering disebut adalah kerosakkan pada paru-paru.

ini perbandingan paru-paru perokok dengan pesakit covid-19

Ada juga yang membandingkan paru-paru pesakit COVID-19 dengan perokok tegar.

 

Menurut laporan, mereka yang pulih dari COVID-19 boleh mempunyai kerosakan paru-paru yang lebih teruk berbanding dengan perokok tegar, namun ia terjadi bukanlah kepada semua kes jangkitan.

 

"Kami mempunyai sejumlah pesakit yang mengalaminya (kerosakan paru-paru yang teruk). Biasanya ia berlaku lebih kerap pada pesakit yang mempunyai versi COVID-19 yang lebih teruk. Contohnya, orang yang berada di ventilator untuk waktu yang lama atau orang yang berada pada tahap tinggi oksigen, atau disebut oksigen aliran tinggi, " kata Scott Eisman, doktor rawatan kritikal paru-paru dan ketua eksekutif operasi di Scripps Memorial Hospital Encinitas.

ini perbandingan paru-paru perokok dengan pesakit covid-19

Imej X-ray paru-paru yang sihat menunjukkan kebanyakannya imej hitam, yang merupakan udara. Pada paru-paru perokok pula, garis putih boleh dilhat iaitu tanda parut dan kesesakan. Sementara itu, sinar-X paru-paru pesakit COVID-19 kelihatan hampir putih sepenuhnya.

 

Dr. Eisman terdapat dua jenis kecederaan paru-paru bagi perokok dan pesakit COVID-19.

"Dan ini adalah masalah berterusan dengan pembekuan darah dan struktur paru-paru yang terjejas yang dianggap dapat mewujudkan kesan jangka panjang dengan COVID," katanya.

 

Apa yang membezakan paru-paru kedua-dua ini adalah, paru-paru pesakit COVID-19 masih boleh pulih sendirinya, dan paru-paru perokok tegar pula sebaliknya kerana ia adalah kerosakan kekal.

 

Sumber: CBS8

ARTIKEL BERKAITAN