Aksi Penyokong Jepun Kutip Sampah Lepas Tamat Perlawanan di Piala Dunia Curi Tumpuan

Ketika ini sedang berlangsungnya perlawanan peringkat kumpulan pada aksi Piala Dunia 2022 Qatar.

 

Jepun antara pasukan dari Asia yang layak untuk bertanding pada edisi kali ini. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah aksi penyokong negara matahari terbit itu.

 

Mana tidaknya, ketika penyokong lawan sedang berpusu keluar daripada stadium, mereka masih berada di kerusi penonton untuk bersama-sama membersihkan stadium.

aksi penyokong jepun kutip sampah lepas tamat perlawanan di piala dunia curi tumpuan

Meskipun perlawanan itu diadakan di negara Qatar dan bukannya negara mereka sendiri, rakyat Jepun yang berada disana tetap mempraktikkan tahap kebersihan tertinggi dengan mengutip semua sampah sarap serta membersihkan kawasan stadium.

 

Aksi itu menerima pujian ramai selepas klip video mereka sedang mengutip semua sampah dalam stadium pada perlawanan pembukaan Qatar dan Equador di Stadium Al Bayt pada Ahad lalu tular.

aksi penyokong jepun kutip sampah lepas tamat perlawanan di piala dunia curi tumpuan

Apabila ditanya mengapa mereka membersihkan stadium yang bukannya perlawanan pasukan atau negara mereka sendiri, jawab mereka:

 

“Orang Jepun tidak pernah meninggalkan sampah di belakang. Kami menghormati tempat itu.”

 

 

Penyokong Jepun sangat terkenal dalam mementingkan kebersihan walau di mana mereka berada dan amalan ini mendapat pujian ramai dari serata dunia.

 

Sumber: Daily Star