Penyanyi Rap Tular Kerana Pasang Implan Rantai Emas Sebagai Pengganti Rambut

Seorang penyanyi rap dari Mexico mencuri perhatian orang ramai bukan kerana muziknya, tapi kerana penampilan ramputnya.

penyanyi rap tular kerana pasang implan rantai emas sebagai pengganti rambut

Sekiranya orang ramai sering memilih untuk mengubah gaya rambut masing-masing dengan cara memotong atau mewarnakannya, lain pula dengan penyanyi rap yang dikenali sebagai Dan Sur ini, yang mana dia memilih untuk menggantikan rambut semula jadinya dengan meletakkan implan rantai emas di kepalanya.

Tindakan Dan Sur meletakkan implan rantai emas di kepalanya itu sebagai pengganti rambut kemudian menjadi tular di media sosial.

Manakan tidak, Dan Sur dikatakan merupakan penyanyi rap pertama yang memiliki rambut keemasan sebegitu yang ditanamkan terus ke tengkoraknya.

Memetik laporan Oddity Central, kata Dan Sur yang berusia 23 tahun, “Ya benar saya mahu melakukan sesuatu yang berbeza kerana saya melihat semua orang mewarnakan rambut mereka. Saya harap tidak semua orang akan meniru apa yang saya buat sekarang.”

Dia juga mengatakan bahawa rantai yang melekat pada rambut penggantinya telah dimasukkan ke dalam tengkorak di bawah kulitnya.

Walaupun dia akui mempunyai perasaan sangsi, Dan Sur bagaimanapun telah memuat naik foto penampilan terbarunya di media sosial sebanyak beberapa kali.

Dan Sur sendiri diketahui telah menjalani prosedur pemasangan rantai emas di kepalanya pada April 2021.

Malah, dia dikatakan telah melakukan prosedur yang melampau bagi mengubah penampilannya.

Tidak hanya penampilan rantai itu yang menarik perhatian orang ramai, warganet juga mendapat tahu bahawa rantai itu bukan hanya diperbuat daripada emas, malahan juga terdapat batu permata.

Walaupun penampilan tersebut tidak dinafikan telah berjaya menarik perhatian banyak warganet, namun dari sudut pandang kesihatan, ia dianggap tidak selamat dan berisiko tinggi mengalami jangkitan.

Menurut pakar bedah plastik, Dr. Frank Agullo, implan rantai di kepala Dan Sur berpotensi membawa risiko tinggi jangkitan dan partut kekal atau radang kulit kepala.

Bukan sahaja menyebabkan keradangan, tetapi Dr. Frank juga merujuk kepada berat yang terpaksa ditanggung kepala sebagai cangkuk rantai emas yang dapat mengimpak implan yang terpasang.

“Mereka memperkenalkan jalan mudah untuk bakteria antara dunia luar dan badan dalaman. Dalam kes ini, tulang menutupi otak. Di samping itu, saya prihatin dengan jumlah berat yang disokong oleh mata kail ini.

“Berat yang tidak disengajakan atau menarik emas pita boleh menyebabkan implan tercabut dan bahkan patah tengkorak,” lanjutnya.

"Mereka memperkenalkan jalan mudah untuk bakteria antara dunia luar dan badan dalaman. Dalam kes ini, tulang menutupi otak. Di samping itu, saya prihatin dengan jumlah berat yang disokong oleh mata kail ini. Berat yang tidak disengajakan atau menarik emas pita boleh menyebabkan implan melepaskan diri dan bahkan patah tengkorak. " katanya.

Sejajar dengan Dr. Frank, pakar dermatologi di Mona Gohara juga mengatakan bahawa prosedur yang dilakukan Dan Sur boleh menyebabkan keguguran rambut kekal kerana kerosakan folikel.

Dia juga menasihati orang ramai agar tidak mengikuti tren tersebut.

 

Sumber: [1]