Penyanyi Korea, Bekas Anggota iKON, B.I Kini 'Berkongsi Bumbung' Dengan Billie Eilish, Ed Sheeran

Penyanyi Korea, B.I melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa selepas menandatangani kontrak dengan agensi gergasi Amerika, Wasserman!

penyanyi korea, b.i kini 'berkongsi bumbung' dengan billie eilish, ed sheeran

17 Februari lalu, agensi B.I iaitu IOK Company mendedahkan bahawa , “Baru-baru ini, B.I menandatangani kontrak dengan Wasserman, sebuah agensi utama Amerika. Ia adalah agensi Amerika yang bertanggungjawab ke atas banyak artis global termasuk Coldplay, Imagine Dragons, Ed Sheeran dan Skrillex. Tom Windish, yang mewakili Billie Eilish dan mempunyai pengaruh kuat dalam industri hiburan Amerika, akan berkhidmat sebagai ejen B.I.”

B.I sebelum ini juga memulakan perkongsian bersama agensi Amerika, Transparents Arts, bagi melancarkan promosi globalnya.

Bulan lalu, penyanyi yang juga bekas anggota kumpulan iKON itu tampil dalam Grammys Global Spin, sekaligus menjadi artis Asia dan K-Pop yang pernah membuat kemunculan dalam acara terbabit.

Pada Mac 2021, B.I memulakan perjalanannya sebagai artis solo dengan single “Midnight Blue” sebelum melancarkan album studio pertamanya, “WATERFALL” pada Mei. 

Album tersebut berjaya menduduki tempat teratas Carta Album iTunes di 24 negara dan turut tersenarai dalam Lagu dan Album K-Pop Terbaik 2021 oleh TIME.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN