Cipta Fenomena, Ini Penyanyi Asal Dan Maksud Lagu ‘Sikok Bagi Duo’

Pengguna media sosial khasnya Tiktok sudah pasti cukup tahu dengan trend lagu ‘Sikok Bagi Duo’ yang tular ketika ini.

 

@thegadys Gadys dah bersikok bagi duo #fyp #TheGadys #GirlGroup #foryoupage #weeklytrending #tiktoktrend #tiktokmalaysia #mpop #malaysiatiktok ♬ Sikok Bagi Duo - Dodi Ferdieansyah

 

Lagu berkenaan menjadi trending di Tiktok dan sebenarnya ia dinyanyikan asal oleh wanita bernama Meli Dedi dari Lubuklinggau, Indonesia.

cipta fenomena, ini penyanyi asal dan maksud lagu ‘sikok bagi duo’

Meli Dedi yang juga merupakan seorang suri rumah dikatakan dijemput secara spontan untuk menari sambil menyanyikan lagu Sikok Bagi Duo dalam satu majlis bersama rakan-rakannya. Siapa sangka, selepas itu lagu itu boleh menjadi siulan ramai.

Lagu yang sebenarnya membawa maksud tentang kerjasama dan sokongan untuk seseorang atau kumpulan. Lirik lagu ini iaitu “sikok untuk duo, jangan naik jugo weto tekan samo-samo. Sikok buat duo, jangan naik telan galo-galo. Sikok untuk duo, jangan naik, jom tekan samo-samo.”, ia bermaksud jika satu untuk dua tidak boleh, bolehlah kita usahakan bersama.

 

Tambah pula muzik lagu ini yang rancak dan catchy, membuatkan lagu Sikok Bagi Duo menjadi satu fenomena di media sosial ketika ini.

 

Sumber: Vocket, Youtube