Terusan Suez Dan Selat Melaka Sama Penting, Kalau Ditutup Habislah Dunia!

Baru-baru ini, insiden kapal tersekat pada laluan di Terusan Suez telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit kerana ia menyebabkan ekonomi global terjejas.

terusan suez dan selat melaka sama penting, kalau ditutup habislah dunia!

Terusan Suez berfungsi membenarkan laluan air dua hala antara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika di Cape of Good Hope, lalu menjadi kepentingan dua-dua rantau benua ini.

terusan suez dan selat melaka sama penting, kalau ditutup habislah dunia!

Sama juga kepentingannya dengan Selat Melaka, kira-kira 50,000 kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka dari barat ke Timur setiap tahun.

terusan suez dan selat melaka sama penting, kalau ditutup habislah dunia!

Bayangkan sekiranya perkara yang sama terjadi di Terusan Suez, berlaku di laluan Selat Melaka dan Selat Singapura di penghujung selatan Semenanjung Melayu? Sudah pasti ekonomi dunia akan terencat membawa implikasi buruk kepada segenap lapisan masyarakat di dunia.

terusan suez dan selat melaka sama penting, kalau ditutup habislah dunia!

Seandainya Selat Melaka dan Singapura tertutup, kapal-kapal terpaksa mengambil laluan alternatif melintasi Selat Sunda yang akan mengambil masa hampir 24 hari dari pelabuhan pelepasan dan pelabuhan ketibaan yang sama.

 

Laluan menerusi Selat Lombok-Makassar pula akan mengambil masa lebih kurang 25 hari.

terusan suez dan selat melaka sama penting, kalau ditutup habislah dunia!

Dan seandainya laluan di Asia Tenggara ditutup, kapal-kapal dari Eropah perlu membuat lencongan melalui Selat Bass iaitu selat yang memisahkan Benua Australia dengan Pulau Tasmania, mengelilingi Australia, untuk ke Asia Timur.

 

Secara ringkasnya, sekiranya Selat Melaka, Singapura atau laluan di Asia Tenggara ini ditutup untuk pelayaran, kesannya sama sahaja seperti apa yang berlaku dengan Terusan Suez beberapa hari yang lalu.

terusan suez dan selat melaka sama penting, kalau ditutup habislah dunia!

Sumber: Astro Awani