Penonton Piala Dunia Qatar 2022 Mungkin Terpaksa Tidur Dalam Khemah

Kejohanan bola sepak Piala Dunia dijangka akan diadakan pada 21 November hingga 18 Disember depan dengan Qatar sebagai tuan rumah.

penonton piala dunia qatar 2022 mungkin terpaksa tidur dalam khemah

Disebalik persediaan rapi bagi menerima jutaan pengunjung seluruh dunia, Qatar nampaknya berdepan dengan satu masalah besar iaitu kekurangan bilik hotel.

.

Masalah itu mungkin dihadapi oleh sebahagian besar pengunjung hingga mungkin memaksa mereka untuk tidur dalam khemah sepanjang kejohanan itu berlangsung kelak.

penonton piala dunia qatar 2022 mungkin terpaksa tidur dalam khemah

Sebanyak 100,000 bilik hotel diperlukan dan 1,000 khemah telah tersedia bagi menampung bilangan pengunjung yang akan tiba di Qatar pada November nanti.

.

Khemah yang disediakan itu dikatakan mempunyai kemudahan asas seperti air dan sumber tenaga, namun tidak mempunyai penyaman udara. Ia akan disewakan pada harga £161 atau kira-kira RM800 untuk satu malam.

penonton piala dunia qatar 2022 mungkin terpaksa tidur dalam khemah

Menurut ramalan cuaca, sepanjang kejohanan dunia itu berlangsung kelak, cuaca diramalkan akan panas hingga mencecah 29 darjah Celsius.

.

Namun Qatar Tourism dalam satu kenyataan menyebut sebanyak 30,000 bilik hotel telah disediakan dan 80 peratus daripadanya telah dikhaskan kepada jawatankuasa komiti, pemain, pengadil, tetamu rasmi dan media.

.

Sumber: [1]