Penjawat Awam Terima Gaji dan Bonus Hari Raya Selewatnya 14 April

Penjawat Awam Persekutuan akan menerima bayaran gaji selewat-lewatnya pada 14 April, tiga hari lebih awal berbanding 17 April seperti dijadualkan sebelum ini.

penjawat awam terima gaji dan bonus hari raya selewatnya 14 april

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata pembayaran gaji itu turut membabitkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 seperti yang pernah diumumkan sebelum ini.

 

"Saya terima banyak permohonan, 17 (April) ke atas itu terlalu suntuk untuk membuat persiapan Hari Raya. Jadi kita awalkan, selewat-lewatnya 14 April kita selesaikan," kata beliau.

 

Turut sama adalah bayaran pencen untuk pesara yang akan diawalkan pada tarikh yang sama.

 

Terdahulu, CUEPACS telah mencadangkan agar pembayaran gaji penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini bagi membolehkan mereka membuat persiapan untuk Hari Raya yang dijangka disambut pada 22 April depan.

 

Sumber: BH