Penguin Menyelinap Keluar Dari Pusat Hidupan Liar

penguin menyelinap keluar dari pusat hidupan liar

Seorang polis bertugas di jalan Strelley, Nottingham telah menemui seekor penguin yang dipercayai menyelinap keluar daripada pusat hidupan liar.

Perkara itu dikongsikan oleh pasukan polis melalui laman Facebook Polis Broxtowe North, PC Gareth Philp dari Polis Nottingham. Menurut perkongsian itu, pasukan polis menemui haiwan tersebut ketika membuat rondaan sekitar kawasan itu.

"Kami menemui seekor penguin sendirian di tengah jalan dan pastinya penemuan ini sungguh luar biasa.

“Kami memanggilnya Po-Po. Dia bergambar dengan kami dan sangat 'ramah' dengan pegawai kami sebelum kami menghubungi pemiliknya.

"Dia kemudian pulang dengan selamat ke rumah," menurut kenyataan itu.

Whoaaa! Comelnya! Nasib baik dapat dipulangkan semula kepada tuannya.

Sumber: Sinar Harian