Satu Lagi Pembayang Asal Usul COVID-19 Dikenalpasti, Kali Ini Di Laos

Selepas hampir dua tahun dunia berhadapan dengan penularan wabak COVID-19 hingga meragut lebih 4.7 juta nyawa, sekumpulan pakar kini menemui satu lagi pembayang mengenai asal usul virus berkenaan.

satu lagi pembayang asal usul covid-19 dikenalpasti, kali ini di laos

Menurut sekumpulan saintis dari Pasteur Institute di Perancis dan National University of Laos berkata ia mungkin dari kelawar yang tinggal di gua di Laos kerana membawa patogen yang sama dan berupaya menjangkiti manusia secara langsung.

 

Hasil kajian mereka mendapati virus yang secara genetik hampir sama dengan SARS-CoV-2 itu wujud di alam semula jadi dalam kalangan spesis kelawar yang hidup di gua batu kapur di utara Laos, yang mana terletak berhampiran dengan China.

 

Tiga daripada ratusan sampel kelawar yang diuji di Vientiane didapati menyerupai virus yang menyebabkan COVID-19, khasnya pada penyambungan sel manusia.

 

Menurut Marc Eloit yang mengetuai makmal patogen Pasteur Institute, kajian ini membolehkan pengesahan teori bahawa koronavirus yang merebak ke serata dunia mungkin bermula daripada kelawar hidup, dan bukannya daripada makmal di Wuhan.

 

"Mereka yang bekerja di gua atau komuniti agama yang sering berada di gua atau berada berhampiran gua, termasuk pelancong yang mengunjungi gua adalah antara yang berisiko terdedah kepada virus berkenaan," katanya.

 

Sumber: [1]