Penyelidik Cipta Alat Kesan COVID-19 Melalui Ketiak

Sekumpulan penyelidik dari Thailand kini sedang membangunkan sejenis alat pengesan virus COVID-19 mudah alih berpandukan titisan peluh dari ketiak.

penyelidik cipta alat kesan covid-19 melalui ketiak

Alat itu dicipta selepas mengambil kira situasi peniaga di Bangkok yang kebasahan dengan peluh di baju, terutamanya ketika musim tengkujuh. Maka, alat itu kini sedang dibangunkan berpandukan titisan peluh dan ujian sedang dijalankan ke atas peniaga di pasar terbabit.

 

Berdasarkan sampel yang diperoleh, mereka yang dijangkiti COVID-19 akan mengeluarkan bahan kimia tertentu. Peranti itu akan mengesan bahan terbabit daripada peluh yang dihasilkan mereka yang positif COVID-19.

penyelidik cipta alat kesan covid-19 melalui ketiak

Menurut pengkaji, Dr. Chadin Kulsing dari Universiti Chulalongkorn, ujian itu mempunyai ketepatan sehingga 95 peratus, dan berharap akan menjadi alternatif kepada ujian calitan hidung yang mahal serta memerlukan pemprosesan dalam makmal.

 

Peranti itu masih dalam peringkat pembangunan dan kajian mengenainya belum diterbitkan ataiu dinilai.

 

Dengan menggunakan peranti berkenaan, sampel daripada kapas calitan di bawah ketiak akan dimasukkan dalam tiub kaca dan disteril dengan sinaran ultra ungu. Keputusan ujian akan diperoleh dengan kadar masa yang lebih pantas dan mudah.

 

Rata-rata pekerja pasar yang menjalani ujian berkenaan berkata mereka lebih selesa dengan ujian melalui ketiak, jika dibandingkan dengan ujian calitan menerusi lubang hidung.

 

Sumber: [1]