Pengimbas Suhu Kini Dikeluarkan Dari SOP Wajib

Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil keputusan untuk mengeluarkan penggunaan wajib pengimbas suhu daripada prosedur operasi standard (SOP) kawalan COVID-19 di seluruh negara tidak lama lagi.

pengimbas suhu kini dikeluarkan dari sop wajib

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang mana jelas beliau, hanya imbas kod MySejahtera diperlukan untuk memasuki mana-mana premis selepas ini.

“Kita akan bawa usaha penambahbaikan SOP ini ke mesyuarat MKN (Majlis Keselamatan Negara), selepas dipinda pada sesi (mesyuarat) kuartet (menteri COVID-19) akan datang, ia (pengimbas suhu) tidak lagi diwajibkan,” katanya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN