Pengguna Perlu Lapor Keputusan Kit Ujian Kendiri Di MySejahtera

Orang ramai yang menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 dikehendaki untuk memaklumkan keputusan saringan mereka, kepada Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi aplikasi MySejahtera.

pengguna perlu lapor keputusan ujian kit kendiri di mysejahtera

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, orang ramai perlu bertanggungjawab untuk melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan bagi mengelak implikasi jangkitan kepada orang lain.

Bagaimanapun, sekiranya keputusan ujian kit kendiri seseorang pengguna itu positif, dia diminta untuk hadir ke mana-mana kemudahan kesihatan swasta, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau Klinik Kesihatan (KK) terlebih dahulu, bagi tujuan penilaian kesihatan, sebelum status kesihatan mereka dapat dimuat naik ke dalam aplikasi My Sejahtera.

“Sekiranya keputusan negatif tetapi individu berkenaan bergejala, mereka turut dinasihatkan hadir ke klinik swasta atau KK untuk penilaian sama, manakala untuk keputusan invalid, pengguna perlu ulang semula ujian,” jelasnya.

Khamis lalu, KKM menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah memberi kelulusan bersyarat terhadap tiga jenis kit ujian kendiri COVID-19 untuk dijual kepada orang ramai.

Tiga jenis kit ujian itu termasuklah Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19 butatan syarikat tempatan; Reszon Diagnostics International Sdn Bhd; Gmate(R) COVID-19 buatan Korea Selatan dan Beright COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) yang dibuat Hangzhou Alltest Biotech Co., Ltd.

 

Sumber: [1]