Pencipta kandungan di Instagram kini boleh menetapkan seseorang untuk menjadi moderator mereka ketika mengadakan ‘live’ di platform tersebut.
Ciri tersebut ditambah berikutan platform perkongsian itu cuba menangani masalah komen yang tidak menyenangkan yang muncul setiap kali penggunanya melakukan strim langsung.
Dengan adanya ciri terbaru itu, moderator mempunyai keupayaan untuk melaporkan komen, mengalih keluar penonton daripada strim, serta mematikan komen untuk penonton tertentu.
Selain itu, pencipta kandungan terbabit juga boleh menambah moderator dengan mengetik ikon menu pada bar komen.
Mereka juga boleh mencari pengguna tertentu atau memilih daripada senarai yang dicadangkan oleh Instagram.
Menurut laporan, Instagram kini melancarkan ciri tersebut bagi membantu pencipta kandungan menumpukan pada perbincangan positif dan bukannya menghabiskan masa menangani interaksi yang tidak diingini atau kurang menyenangkan.
Sumber: [1]