Cakap Pasal Kerusi, Facebook Keluar Iklan Kerusi? Wanita Ini Dakwa Diintip FB

Pernahkah satu ketika anda sedang berborak mengenai satu perkara, misalnya kerusi baharu dan secara tiba-tiba Facebook anda menunjukkan iklan mengenainya?

cakap pasal kerusi, facebook keluar iklan kerusi? wanita ini dakwa diintip fb

Perkara ini juga dialami oleh seorang pemilik kafe dari Amerika Syarikat yang mendakwa dirinya diintip secara senyap oleh aplikasi tersebut menerusi mikrofon yang terbina dalam telefon bimbitnya.

 

Pengguna Tiktok @sheafast berkata aplikasinya itu mula menunjukkan iklan mengenai oat selepas beliau berbual tentang bahan makanan itu.

cakap pasal kerusi, facebook keluar iklan kerusi? wanita ini dakwa diintip fb

“Saya mempunyai sebuah kafe dan kami kehabisan bahan tenusu oat,” kata beliau.

 

Selang beberapa jam kemudian, aplikasi Facebooknya mula dibanjiri dengan iklan mengenai oat, sedangkan beliau tidak pula membuat carian mengenai bahan itu di Facebook.

cakap pasal kerusi, facebook keluar iklan kerusi? wanita ini dakwa diintip fb

Justeru beliau mendakwa Facebook secara senyap-senyap mendengar semua perbualan yang dilakukan tanpa pengetahuan pengguna.

 

Video yang mendapat puluhan ribu tontonan itu telah mengundang pelbagai reaksi berbeza dari warganet yang juga mengalami insiden serupa.

 

@sheafast

They listen. Truth warning ⚠️ ##oatmilk ##coffeeshop ##facebook ##listening ##conspiracy ##data ##smallbusiness ##shortage ##cellphone ##fyp

♬ original sound - FAST

 

Facebook bagaimanapun menafikan dakwaan itu sambil berkata semua iklan yang ditawarkan pada platformnya adalah berdasarkan minat dan carian yang dibuat pengguna.

 

Menurut pakar, aplikasi Facebook mempunyai hubungan dengan pelbagai aplikasi lain dalam telefon pintar seseorang, yang mana ia digunakan sebagai data bagi menyediakan iklan yang sesuai dengan pengguna. Bagi kes pengguna Tiktok ini, besar kemungkinan beliau membuat carian mengenai oat di Internet, dan disebabkan itu Facebook mencadangkan iklan yang berkaitan oat kepada beliau. Fungsi ini disebut sebagai pengiklanan bersasar.

 

Bagi menutup fungsi pengiklanan bersasar ini, anda boleh ke ruangan Settings > Ads > Ads based on my use of websites and apps > Edit > Choose Setting > Off.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN