Kereta elektrik atau lebih disebut sebagai EV merupakan kenderaan yang mesra alam kerana ia menggunakan bateri yang boleh dicas semula untuk jarak perjalanan tertentu.
![hampir separuh pengguna kereta elektrik mahu kembali guna petrol – kajian](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-10-26-at-11-15-52-am.png)
Meskipun menjimatkan kos bahan api, satu kajian mendapati hampir separuh pengguna EV sedia ada dalam pertimbangan untuk kembali menggunakan kereta jenis petrol.
Kajian dibuat S&P Global Mobiliti mendapati tiga perempat daripada pemilik kenderaan elektrik akan membeli kereta berkuasa bateri lain. Namun jumlah itu jatuh kepada kira-kira separuh apabila pemilik Tesla dialih keluar daripada statistik.
![hampir separuh pengguna kereta elektrik mahu kembali guna petrol – kajian](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-10-26-at-11-17-27-am.png)
Secara purata, hanya 52.1% sahaja isi rumah yang mempunyai kenderaan elektrik berkemungkinan akan kembali membeli EV untuk pembelian seterusnya, sama ada sebagai kereta kedua atau sebagai pengganti.
Bagaimanapun angka itu meningkat kepada 72.6% apabila angka pemilik Tesla disertakan, bermaksud kira-kira separuh daripada pemilik EV mempertimbangkan untuk menukar kembali kereta kepada petrol atau diesel untuk kenderaan mereka seterusnya, melainkan jika mereka mempunyai Tesla.
Apa kata anda?
Sumber: S&P Global