Pengembaraan Mesra Muslim Ke Taiwan: Menikmati Keindahan Dan Budaya

Taiwan, sebuah pulau yang terletak di Asia Timur, telah lama menjadi destinasi pelancongan popular bagi para pelancong dari seluruh dunia. 

Keindahan alam semulajadi, kebudayaan, restoran dan gerai makanan halal yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang sedap, dan ramahnya penduduk tempatan menjadikan Taiwan sebagai tempat yang menarik untuk dilawati. 

SYOK baru-baru menyertai trip #SalamTaiwan Bersama Watsons selama 5 hari 4 malam, dan kami ingin berkongsi pengalaman menarik kami selama berada di Taiwan. 

 

Aktiviti Perah Susu Lembu Di Flying Cow Ranch

pengembaraan mesra muslim ke taiwan: menikmati keindahan dan budaya 

 

Aktiviti perah susu lembu dekat Flying Cow Ranch di Miaoli, Taiwan, adalah pengalaman yang unik yang membolehkan anda merasa kehidupan petani sebenar. Dalam suasana tenang ladang ini, pengunjung dapat merasai kepuasan perah susu lembu secara langsung sambil menikmati pemandangan hijau yang menenangkan.

 

Aktiviti DIY Tart Nenas

pengembaraan mesra muslim ke taiwan: menikmati keindahan dan budaya

Tart Nenas adalah antara makanan yang terkenal di Taiwan, di Vigor Kobo, Taiwan ni kita dapat belajar cara membuat tart nenas dengan gaya khas orang Taiwan secara sendiri. Ia merupakan pengalaman yang mengasyikkan dan membolehkan kita merasai budaya makanan tempatan dalam cara yang unik dan menyeronokkan.

 

Jiufen Old Street 

pengembaraan mesra muslim ke taiwan: menikmati keindahan dan budaya

Jiufen Old Street bakal membawa korang kepada suasana zaman dahulu dengan senibina klasik yang dipelihara dengan rapi. Senibina yang terinspirasi oleh gaya Jepun ini menjadi asas untuk filem Spirited Away yang terkenal.

Ketika melawat, jangan lupa untuk menikmati pelbagai hidangan 'street food' yang enak dan juga cenderahati yang boleh dibawa pulang sebagai kenangan. Rugi kalau tak beli dekat sini sebab semua harga di sini murah sangat! 

 

Shifen Old Street 

pengembaraan mesra muslim ke taiwan: menikmati keindahan dan budaya

Seperti namanya, Shifen Old Street ni memang chill. Kat sini, korang boleh sambil-sambil tengok bandar kereta api lama yang masih kekal dengan suasana tradisi zaman dulu. Dulu-dulu, tempat ni digunakan untuk bawa arang batu, tapi sekarang jadi tempat paling terkenal di laluan kereta api Pingxi.

Yang paling best kat sini, kami ada tulis harapan dekat tanglung sebelum lepaskan ia dan terbang tinggi. Dalam cerita lama, tanglung ni macam sistem isyarat untuk orang yang hidup dan kerja dalam industri kereta api. 

 

Yehliu Geographic Park

pengembaraan mesra muslim ke taiwan: menikmati keindahan dan budaya

Kalau anda suka geologi dan menghargai keunikan pembentukan alam, tempat ini adalah pilihan yang tepat. Walaupun ia nampak seperti pantai biasa pada pandangan pertama, sebenarnya terdapat banyak formasi geologi yang telah terbentuk selama beratus-ratus tahun yang menarik untuk dilihat di sini.

Yang pasti, tarikan utama adalah 'Queen's Head,' dan anda juga boleh melihat 'Sea Candles,' 'Fairy Shoe,' 'Ginger Rocks,' 'Kissing Rock,' dan banyak lagi formasi unik.

Walaupun ia mungkin agak jauh dan terpencil, tetapi ianya adalah pengalaman yang sangat berharga apabila anda melawat tempat ini semasa melancong ke Taiwan.

 

Ximending

pengembaraan mesra muslim ke taiwan: menikmati keindahan dan budaya

Ximending, macam yang ramai tahu ia adalah kawasan yang sangat meriah terutamanya pada waktu malam. Di sini, suasana akan semakin hidup dengan persembahan busker yang memukau dan hiburan. Ia adalah tempat yang pasti akan memberikan pengalaman baru pada waktu malam di Taiwan.

Tidak hanya itu, kalau korang nak membeli-belah maka Ximending adalah destinasi yang paling sesuai. Kawasan ini dikenali dengan pelbagai butik dan kedai fesyen yang terkini. 

 

Halal Yellow Beef Noodle House, Taipei

pengembaraan mesra muslim ke taiwan: menikmati keindahan dan budaya

Restoran ini sudah beroperasi selama lebih dari tujuh dekad, dan kini diuruskan oleh generasi kedua mereka. Bagi korang yang melawat Taiwan, korang wajib cuba mee daging ini. Selain itu, jangan lupa untuk mencuba dumpling mereka! 

 

Taipei Fish Market

pengembaraan mesra muslim ke taiwan: menikmati keindahan dan budaya

Satu lagi tempat yang wajib dicuba kalau ke Taiwan adalah Taipei Fish Market! Kat sini, hasil laut dia memang fresh, tak tipu! Kat sini korang boleh tengok sendiri king crab yang besar sampai boleh buat kita terperanjat!

 

Beitou Thermal Valley

pengembaraan mesra muslim ke taiwan: menikmati keindahan dan budaya

Daerah Beitou terletak di kaki Gunung Yangming, menjadi sebahagian daripada keindahan Yangmingshan National Park. Di antara gunung-gunung yang menakjubkan ini, terdapat Qixingshan yang merakamkan letupan terakhirnya hampir 700,000 tahun yang lalu.

Jadi bila korang masuk sahaja ke kawasan ini, korang akan merasai suhu panas yang keluar dari mata air dengan warna biru-kehijauan mencipta lapisan wap yang menyerupai awan kabus, seolah-olah korang telah melangkah ke dalam alam lain! 

 

pengembaraan mesra muslim ke taiwan: menikmati keindahan dan budaya

Lebih menarik, kalau kami dapat merasai pengalaman menarik ini dalam Peraduan Salam Taiwan bersama Ayda Jebat beserta 10 pemenang bersama pasangan masing-masing untuk menjelajah keunikan Taiwan selama 5 hari 4 malam.

Para pemenang, yang juga merupakan ahli Watsons, semuanya dapat menyaksikan keindahan, menghayati budaya, menikmati makanan yang lazat, dan melawat lokasi-lokasi tarikan yang mesra kepada pelancong Muslim di Taiwan. Jangan risau kerana di Taiwan ada sebuah masjid besar yang cantik di sana yang dikenali sebagai Taipei Grand Mosque! Memang cantik sangat. #watsonsclub #salamtaiwan #destinasisensasi #mesramuslim