Perjalanan Lebih Mudah, Pengembara Ke UK Tidak Lagi Perlu Saringan, Kuarantin

United Kingdom (UK) kini sedang dalam fasa melaksanakan strategi baru mengawal pandemik COVID-19.

perjalanan lebih mudah, pengembara ke uk tidak lagi perlu saringan, kuarantin

Bermula 11 Februari ini, UK tidak lagi mewajibkan ujian saringan COVID-19 dan kuarantin bagi pengembara yang lengkap vaksin yang tiba di negara itu.

 

Menurut Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps, langkah ini membolehkan perjalanan menjadi lebih murah dan mudah serta memberi ketentuan buat sektor pelancongan dan penerbangan.

 

Sebelum ini, pengembara yang tiba di UK perlu menjalani ujian saringan dalam tempoh dua hari, dan mereka yang tidak divaksin perlu dikuarantin 10 hari dengan beberapa ujian kendiri sebelum dan selepas ketibaan.

perjalanan lebih mudah, pengembara ke uk tidak lagi perlu saringan, kuarantin

Kini mereka yang tidak divaksin juga tidak lagi perlu dikuarantin, namun golongan ini masih perlu menjalani ujian PCR sebelum dan selepas ketibaan di UK.

 

Dalam perkembangan lain, UK juga sudah mula mengiktiraf vaksi dari 16 negara lain termasuk China dan Mexico. Ia bermaksud UK telah mengiktiraf sijil vaksinasi dari 180 negara seluruh dunia setakat ini.

 

Sumber: [1]